• ≡ Menu
  • Home
  • Category
    • Animation
    • Nature
    • People
    • Technology
    • Vogue
    • Other
  • Tools
    • CSS
    • jQuery
    • Cookies
    • Wicked

SYAKIR : THE NEW ZAKIR

  • Home
  • Contact
  • Sitemap
  • Static Page
Menu
SYAKIR : THE NEW ZAKIR
Uncategories 218 : ADA APA DENGAN CINTA

218 : ADA APA DENGAN CINTA



Assalamualaikum dan Salam Cinta.

                                            Sungguh bahaya ular berbisa,
bila tergigit akan koma,
 sungguh bahagia kurasa,
bila kita slalu bersama.

218 ? Apa itu 218 ? Dan mengapa 218 ? Ada apa dengan 218 ? 

"Mungkin nombor tu berhantu kot" 

"Eh aku rasa tu tarikh lahir dialah"

"No rumah dia maybe"

Tidak ! 218 bukanlah nor berhantu mahupun no ekor atau no telefon saya.

218 adalah tempat di mana lahirnya sebuah cinta.Cinta yang sejati,cinta yang hakiki dan cinta yang hakiki dan kerana ianya sebuah cinta kerana Illahi

Cinta yang tumbuh di sebuah bilik yang agak kecil.Tiada apa apa yang istimewa,ianya hanyalah sebuah bilik yang biasa,sama seperti bilik bilik yang lain.

Namun,

Apa sebenarnya yang membuatkan ianya istimewa dan siapakah yang mencetuskan gelombang cinta itu ? 

Jawapannya adalah.. "SAHABAT"

Di sebuah bilik yang sempit dan kecil bernombor 218,lahirnya cinta dan kasih di antara 4 orang sahabat. 

Arif Si kecil . Anas Al Hafiz . Adam Usahawan Berjaya . Syakir Yang Tiada apa apa .

4 orang insan biasa . 


Namun kasih sayang sesama mereka yang tidak terhingga . 



Ada sahabat di dunia ini yang bila kita bersama dengannya, seringkali mengingatkan kita untuk lebih dekat dengan Tuhan. Mulutnya mungkin tidak pernah berbunyi pun atau berbicara tentang Allah di depan kita, namun amal dan akhlaknya menjadi bicara yang paling mengesani hati kita.
Melihat dirinya, membuatkan kita merasa perlu segera bertaubat dan mengubah diri kita.
Bergaul dengan dirinya membuatkan kita terasa perlu lebih membaiki sikap dan akhlak kita.
Ternampak dirinya melakukan kebaikan, sudah menyebabkan kita terdorong untuk ikut sama melakukannya.
Inilah ciri sahabat yang sebenar, yang mampu menjadi cerminan kepada sahabatnya yang lain, walaupun dengan jarang berbicara.

Sebaik-baik Orang Di Kalangan Kamu
“Mahukah aku khabarkan sebaik-baik orang dalam kalangan kamu?” baginda s.a.w. bertanya kepada para sahabat di depannya.
“(Sebaik-baik orang dalam kalangan kamu) adalah yang mengingatkan kamu kepada Allah bila kamu melihatnya.”
“Yang dapat menambah amal kamu bila ia berbicara. Yang mengingatkan kita kepada hari akhirat dengan amal-amalnya.”
Demikian direkod oleh Abi Dunya dalam kitabnya, Al-Awliya’, melalui riwayat Ibn Abbas.

Siapakah Kita Kepada Sahabat Kita?
Seringkali makna persahabatan yang besar itu menjadi kecil kerana kita salah mengisi ruang di dalam persahabatan itu.
Persahabatan atau persaudaraan itu mengandungi nilai dan makna yang besar sehingga Allah mengaitkannya dengan keimanan.
“Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara …” [Al-Hujurat :10]
“Perumpamaan orang mukmin itu dalam berkasih sayang dan saling mencintai …” sabda baginda s.a.w., “ … adalah seperti batang tubuh. Apabila salah satu anggota tubuhnya berasa sakit, maka anggota tubuh yang lain pun akan merasa sakit.”[1]
Sedemikian besar nilai ukhuwah yang menjadi asas penting dalam kehidupan bermasyarakat, justeru menyebabkan ia mempunyai kaitan rapat dengan iman.
Orang yang bagus imannya, sepatutnya bagus juga hubungannya dengan sahabatnya.
Dia berusaha menjadi sahabat yang baik, memenuhi hak sebagai sahabat, menjaga aib dan maruah sahabatnya serta selalu pula mahu bersama berjuang di atas jalan kebenaran. Ketika dia bercakap dengan sahabatnya, dia berusaha bercakap dengan cara terbaik dan bahasa yang elok agar tidak menyakiti sahabatnya. Ketika dia bergaul, dia tidak mementingkan haknya semata-mata, tetapi mengambil berat juga akan keperluan sahabatnya.
Siapakah kita kepada sahabat kita?
Dan apakah yang kita isi dalam persahabatan kita?
Persahabatan yang berdiri atas asas keduniaan semata-mata, ia tidak akan kekal dan bertahan lama. Persahabatan atas dasar universiti, universiti akan ditinggalkan. Persahabatan atas keseronokan dan gelak tawa semata-mata, tidak akan membawa kita ke mana-mana. Persahabatan atas harta dan kedudukan hanya akan melahirkan lebih ramai orang yang mempunyai hasad dan busuk jiwanya. Hilang harta, maka hilanglah hubungan persahabatannya.
Sebab itu, kita perlu sentiasa melihat apakah yang kita isi di dalam persahabatan kita. Yang kita isi di dalam persahabatan kita itulah yang menentukan nilai persahabatan itu kecil atau besar.

Yang Menjadikan Persahabatan Itu Bernilai
Hubungan ukhuwah, persahabatan atau persaudaraan ini tidak akan menjadi sesuatu yang bernilai melainkan jika kita ikatnya di atas jalan iman kepada Allah.
Kerana asas lain selain iman tidak akan mampu menjadi pasak yang teguh untuk memelihara kesinambungan ukhuwah, kejujuran dalam bersahabat.
Sebab itu Allah s.w.t. berfirman :
“Teman-teman rapat pada hari itu sebahagian mereka menjadi musuh kepada sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa.” [Az-Zukhruf : 67]
Di jalan taqwa, kita berusaha menjadi sahabat terbaik kepada saudara-saudara kita. Menjadi sahabat terbaik adalah dengan mula memperbaiki diri dengan Allah, agar di saat kita bersahabat, kita tak terjerumus mempengaruhi orang lain ke arah yang Allah tidak sukai, bahkan mampu menjadi cerminan mithali pula kepada mereka.
Di jalan taqwa, kita dakap sahabat kita seeratnya bila bertemu dan berpisah dengannya, serta tulus melafazkan padanya, ‘aku cintakan engkau kerana Allah’. Cinta di atas jalan Allah mengingatkan kita bahawa ada hak-haknya yang perlu kita tunaikan, ada had dan batas dirinya yang menjadi sempadan.
Di jalan taqwa, kita harus saling mengingatkan dan memberi nasihat, kerana hubungan persahabatan yang berdiri atas semata-mata rasa mahu berhibur dan gelak tawa sahaja tidaklah bermakna apa. Memberi pesanan ke arah kebenaran dan dengan kesabaran, demikianlah Allah menggambarkan sifat orang mukmin yang tidak rugi.

Penutup :  Menginspirasi Dunia, Membaiki Akhirat
“Mengingatkan kamu kepada Allah ketika melihatnya,
Menambah amal kamu bila dia bercakap,
Mengingatkan kamu kepada hari akhirat bila dia beramal.”
Mari didik diri kita menjadi seorang mukmin sebagaimana hadis Nabi s.a.w. ini.
Agar keberadaan kita menjadi bermanfaat, kata-kata kita menjadi bernilai walau sesaat serta amal-amal kita mampu langsung menggerakkan manusia di sekeliling kita untuk kembali kepada Allah s.w.t.
Jangan sampai keberadaan kita mengundang celaka pada orang, kata-kata yang keluar dari mulut kita hanyalah memenuhi telinga dan nafsu semata-mata sehingga menyakitkan orang, serta amal kita pula terlalu lemah sehingga tak mampu menjadi contoh yang boleh menggerakkan manusia kembali kepada Allah.
Mari jadi peribadi yang menginspirasi dunia dalam masa yang sama membaiki masa depan akhirat !






Unknown
2 Comments
Thursday, September 29, 2016

Share

Like

G+

Tweet

Tweet

Related Posts

  • undefinedundefined
  • undefinedundefined
  • undefinedundefined
  • undefinedundefined
  • undefinedundefined
  • undefinedundefined

2 comments

avatar
Reply
Unknown author delete September 29, 2016 at 8:37 PM

Nice one!!

avatar
Reply
Maksud Hidup delete April 3, 2017 at 4:49 AM

terus kan berkarya!

:)
:(
=(
^_^
:D
=D
;)
:-bd
:p
:cool
:lv

Older Home

Weekly Posts

  • ANIME : IMAN YANG MENIPU
    ANIME : IMAN YANG MENIPU
    ANIME : IMAN YANG MENIPU     ASSALAMUALAIKUM . Alhamdulillah kali ni bro dapt lagi bersama sama korang dalam ruangan blog bro...
  • TAJ MAHAL : PENGORBANAN DEMI SEBUAH CINTA
    TAJ MAHAL : PENGORBANAN DEMI SEBUAH CINTA
    ASSALAMUALAIKUM :) Assalamualaikum !!! hai gais ok now bro kembali menemami anda di blog Baitulhikmah . Sori bro agak busy sejak ...
  • PERMULAAN SEBUAH PENGAKHIRAN
    PERMULAAN SEBUAH PENGAKHIRAN
    ا :   permulaan sebuah pengakhiran Sudah pasti anda kenal bukan huruf tersebut ? Ya huruf ا . ا merupakan huruf pertama ...
  • 218 : ADA APA DENGAN CINTA
    218 : ADA APA DENGAN CINTA
    Assalamualaikum dan Salam Cinta.                                              Sungguh bahaya ular berbisa, bila tergigit akan k...
  • Mongol  : PENAKLUK DUNIA PEMUSNAH BANGSA
    Mongol : PENAKLUK DUNIA PEMUSNAH BANGSA
                    MONGOL : PENAKLUK DUNIA PEMUSNAH BANGSA Bangsa Mongol berada di wilayah pegunungan Mongolia, berbatasan dengan Cina di...

Label

  • AGAMA (3)
  • SEJARAH (1)

Contact

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.

Wikipedia

Search results

ASSALAMUALAIKUM AND JAZAKUMULLAH TO ALL OF YOU. THANK YOU FOR VISITING MY PAGE @BAITULHIKMAH

Unknown
View my complete profile

Blog Archive

  • ▼  2016 (3)
    • ▼  September (1)
      • 218 : ADA APA DENGAN CINTA
    • ►  January (2)
  • ►  2015 (2)
    • ►  November (2)

tags

  • AGAMA
  • SEJARAH

grids

FACEBOOK

Muhd Syakir Fariduddin

Create Your Badge

Top Ad

Copyright © 2014 SYAKIR : THE NEW ZAKIR All Right Reserved . Blogger Templates Design by Arlina . Powered by Blogger