ا : permulaan
sebuah pengakhiran
Sudah pasti anda
kenal bukan huruf tersebut ?
Ya huruf ا . ا merupakan huruf pertama dalam huruf hijaiyah
Setiap hari kita
melihat huruf tersebut sama ada ketika
membaca alquran mahupun membaca buku-buku agama .
Pada
mulanya saya juga tidak sedar rahsia disebalik huruf ini .
Namun ketika saya
sedang asyik termenung . Saya terpandang hurufا dan terfikir sesuatu yang
cukup menakjubkan !
Namun.apakah yang
begitu istimewa dengan huruf ا ini?
Mungkin ada yang
meminati huruf ا kerana nama mereka bermula dengan huruf alif jika dieja dalam jawi .
Namun bagiku, huruf ا mempunyai satu pengajaran
yang cukup berguna . Sungguh hebat ciptaan allah yang maha luas pengetahuannya
Seperti yang kita
ketahui huruf ا merupakan
huruf hijaiyah yang pertama bukan?
Ya huruf pertama . Huruf yang melambangkan
satu permulaan . Permulaan bagi sesuatu perkara
Ayuh kita lihat
fenomena yang kedua pula , cuba kita eja perkataan “awal” dalam bahasa arab : لوا
.
Bermula dari huruf ا bukan ?
Sekarang cuba kita
eja perkataan “akhir” pula dalam bahasa arab . Maka kita akan dapati : ر ي خ ا . Juga
bermula dengan huruf ا bukan
Tidakkah kita melihat
, huruf pertama yang digunakan untuk
mengeja perkataan awal yang membawa maksud kepada permulaan juga merupakan huruf pertama yang digunakan untuk
mengeja perkataan akhir yang membawa maksud sebuah pengakhiran .
Ya lihatlah rahsia di
sebalik hruf ا , rahsia yang begitu bermakna iaitu : terdapat
sebuah permulaan dalam sebuah pengakhiran
Apa cuba cuba saya
sampaikan di sini adalah ..
Seperti yang kita lihat
betapa ajaibnya dan indahnya ilmu Allah dalam perkara yang mungkin tidak ramai
disedari ramai ini.
Bagaimana huruf
ا digunakan untuk menggambarkan dua
perkara yang berbeza iaitu : akhir dan
awal .
Ia menunjukkan bahawa akhir dan awal itu merupakan satu perkara yang
saling berkait dan mempunyai hubungan
.
Namun apakah dia hubungan tersebut ?
Apakah dia permulaan
?
Permulaan kehidupan kita adalah sejak kita lahir di muka bumi ini sehingga
kita menghembuskan nafas yang terakhir?
Apakah dia
pengakhiran yang saya maksudkan ? Cuba teka
.
Ya . Kematian .
Kematian itu pasti akan mendatangi setiap insan yang bernyawa . Itu janji allah
dalam firman nya yang bermaksud:
Tiap-tiap yang
bernyawa pasti akan merasakan mati" (qs. 3 : 185).
Namun , kematian
bukanlah sebuah pengakhiran , ianya hanyalah sebuah permulaan yang
hadir selepas sebuah pengakhiran , permulaan untuk bertemu allah , permulaan ke
tempat asal kita . Kita hanyalah penumpang dunia yang sedang bertungkus lumus
menyediakan amalan kita untuk bertemu Allah s.w.t
Kata seorang pujangga
terkenal arab: Garis penamat sebuah kehidupan sebuah kehidupan adalah kematian
Dan kata seorang sufi
: Mati adalah permulaan sebuah perjalanan menemui Allah
Tatkala ini . Manusia
seolah olah lupa akan kematian . Lupa akan terdapatnya sebuah pengakhiran bagi sebuah permulaan . Mereka
terlalu cintakan dunia . Sibuk mengejar dunia sehingga melupakan pengakhiran
hidup mereka .
Persoalannya sekarang
. Adakah diri kita sendiri sudah cukup bersedia untuk menghadapi kematian ?
Adakah kita bersedia
menghadapi pengakhiran hidup kita?dan bersediakah kita menuju permulaan yang baru ?
.
Renungkanlah
Saya pemuji Allah .
Syakir : The New Zakir . In sha allah