Assalamualaikum !!! hai gais ok now bro kembali menemami anda di blog Baitulhikmah . Sori bro agak busy sejak due menjak ni . Almaklumlah bro kan student lagi . Masih ada tangungjawab .so disebabkan keterbatasan waktu bro x dapat nak post banyak2 . tapi bro cuba (#brocuba) untuk menyajikan korang maklumat maklumat penting dan menarik bagi bro and bro nak kongsikan kat korang semua ;)
First of all, hari ni bro dapat something yang agak menarik tertarik dan debooommmmm !!!!! Tadi mase bro belajar,lecture bro ade sebut mengenai hubungan antara Tamadun Aceh dan Pahang , pergh gempak weyh Kerajaan Pahang dulu , jangan main main , kuasa besar tu . Then malam tadi bro cubalah google sikit mengenai Kerajaan Aceh dan Kerajaan Pahang , then bro jumpe 'TAMAN PUTROE PHANG' . Sebuah taman yang dibina oleh sultan Aceh pada zaman dahulu untuk isterinya yang datang dari Pahang disebabkan oleh isterinya amat merindui suasana dan keadaan di Pahang .
Then bro terfikir , demi seorang wanita, seorang lelaki sanggup buat apa sahaja demi membuktikan ketulusan dan kesetiaan mereka pada wanita yang mereka sayangi , pergh perghhh untung la kan jadi wanita kan . lews
So bro terfikir , selain Taj Mahal , apa lagi ye bangunan yang dibina untuk membuktikan kesetiaan dan cinta seseorang lelaki tu , bro google punye google bro dapat 6 Bangunan Yang Dibina Atas Dasar Cinta . Jadi itulah tajuk post bro kali ni
6 Bangunan Yang Dibina Atas Dasar Cinta
Setiap seni arkitektur pada bangunan mempunyai ceritanya sendiri. Malah ia juga antara tarikan pelancongan popular seluruh dunia. Selain sejarah, elemen cinta juga melakar sebab sesebuah bangunan itu didirikan. Untuk itu, kami paparkan beberapa lokasi bangunan yang berdiri megah atas dasar cinta. Mungkin boleh dijadikan lokasi percutian di akan datang.
Taj-Mahal, India
Siapa yang tidak kenal Taj Mahal? Ia merupakan sebuah bangunan paling indah yang terletak di Agra, India. Bangunan yang megah di mata dunia ini dibangunkan atas dasar cinta Mughal Shah Jahan yang kaya buat isteri ketiga yang sangat dicintai iaitu Mumtaz Mahal. Akibat rasa kehilangan yang kuat, Mughal Shah Jahan membangunkan bangunan digelar Taj Mahal sebagai tempat bersemayam sang isteri. Seramai 20 ribu pekerja yang terdiri dari tukang batu, tukang emas dan pengukir emas termasyur digunakan saat itu. korang semua kenal kan yang first ni ? ok nexttt
Boldt Castle di Island Heart, New York
Istana ini dibangunkan oleh George Boldt sebagai bukti rasa cinta buat isterinya, Louise. Pada 14 Febuari 1905 dan sempena hari Valentine, George menghadiahkan isterinya tanah seluas lima hektar dan mendirikan istana di Pulau Heart. Setahun sebelum istana tersebut siap, Louise meninggal dunia pada usia 41 tahun. Akibat sedih, George menghentikan pembinaan istana itu dan tidak lagi kembali ke pulau tersebut. wuuu...
Dobroyd Castle di Todmorden, England
Dibangunkan oleh anak orang kaya iaitu John Fileden buat kekasihnya iaitu Ruth Stanfield, gadis penenun. John jatuh cinta lantas melamar Ruth dan mula mendirikan sebuah istana di atas bukit. Di dalam istana ini banyak terukir nama mereka sebagai saksi cinta. Apabila Ruth meninggal, John berkahwin baru tetapi mengalami kelumpuhan dan menghabiskan sisa hidupnya di atas kerusi roda.
Mystery Castle di Phoenix, Arizona
Istana ini didirikan sebagai kasih seorang ayah buat seorang anak gadisnya. Boyce Gulley telah keluar dari rumahnya di Seattle setelah mengetahui menghidap sejenis penyakit. Dia segera melarikan diri secara senyap kerana tidak mahu isteri dan anaknya melihatnya mati. Berbekalkan wang yang ada, dia membeli sebuah tanah di kaki gunung dan menghabiskan masa selama 16 tahun untuk membangunkan istananya sementara menunggu mati. Apabila dia mati, anaknya Mary Lou Gulley merupakan waris istana itu.
yang ni bukan sekadar cinta kepada isteri..namun cinta kepada keluarga
Coral Castle di Homestead, Florida
Ed Leedskalnin telah ditinggalkan tunangnya sehari sebelum perkahwinan mereka. Akibat kecewa, Ed membina sebuah istana dengan hanya menyusun batu karang. Kerja membina istana itu hanya dilakukan pada waktu malam. Tujuan membina istana tersebut adalah untuk mengenang kenangan-kenangan terindah dan bukti cinta buat tunangnya.
Prasat Phimai di Phimai Hin, Thailand
Lagenda dari kisah anak Raja iaitu Pajitt yang pergi mencari calon isteri di kampung selama berbulan-bulan. Pajitt menemui seorang wanita hamil tetapi tidak boleh mengahwini wanita tersebuat kerana status janda. Lantas, dia mahu mengahwini dengan anak di dalam kandungan wanita itu. Apabila anak itu berumur 16 tahun dan diberi nama Orapima, mereka saling jatuh cinta. Namun Raja tidak membenarkan mereka berkahwin. Cinta terhalang membawa mereka lari ke dalam hutan.
Walau bagaimanapun, Prajitt dibunuh kerana mahu berebutkan Oripama. Akibat sedih, Orapima membangunkan sebuah bangunan yang terpahat adegan kehidupan mereka berdua.
hmmm..Rasa tertarik pula untuk berkunjung dan melihat sendiri bangunan-bangunan penuh cerita suka dan duka ni kan kan kan. Rasa-rasanya banyak lagi bangunan yang didirikan berdasarkan cinta serta pengorbanan ini. Jadi bolehlah masuk dalam agenda pelancongan kita lepas ini, singgah menghargai bangunan dan melihat bangunan bersejarah selain aktiviti shopping!
last but not least...bro nak berpesan , ya semua binaan ni dibina atas dasar cinta . cinta kepada manusia... tapi..............
ingat!
kita sebagai seorang yg menyatakan bahawa kita beriman kepada Allah dan rasulNya perlu adil dalam mengutamakan perasaan cinta kasih itu sendiri kepada yg terutama kerana cinta yang hakiki itu hanyalah kepada Allah seperti lagu yg korang minat tu..cintakan manusia akan mati cintakan Allah kekal abadi itulah cinta yang hakiki..betul ke ney?lebih kurang la ye maklumla saya tak pandai nyanyi sangat..
eh terkona pulak dari topik..okay sambung balik..jadi apa yang nak dihighlightkan di tinta kali ini ialah kita sebagai seorang muslim berhak untuk mencintai dan dicintai seseorang namun perlulah sentiasa adil dalam bercinta..hmm..okay apa pulak maksud adil? iaitu meletakkan sesuatu di tempatnya yakni di sini kita perlu meletakkan cinta2 kita kepada Allah..rasul..ibubapa..ahli keluarga kita dan seterusnya di tempat masing2 yang sesuai ha tu dah jawab jadi lepas ney tiada alasan lagi untuk tersalah langkah dalam bercinta.
lagi sekali suka saya nak ingatkan!
tidak saya suruh untuk hanya mencintai Allah dan rasul sehinggakan mengabaikan cinta kita kepada sesama manusia malahan kepada kedua ibubapa kita sendiri TETAPI saya hanya menasihati agar berlaku adil dalam bercinta. sebab apa? kerana andai kamu menjaga hubungan kamu dengan Allah insyaAllah jangan ada sedikit ragu pon dan yakinlah seyakin yakinnya bahawa Allah akan menjaga hubungan kamu dengan sesama manusia.
hmm..okay sampai sini je la dulu ye otak saya dan kering ney :p
akhirul kalam...tunggu post bro yang seterusnya k , ade apa apa soalan atau permintaan nak suruh bro post apa boleh komen kat bawah :)
syukran jazilan !!! merci!!!!
Unknown
Monday, November 16, 2015